Search
Close this search box.

SSC Sambut Baik Keputusan Pembatalan SUKMA 2020

Sementara itu, Perbadanan Sukan Sarawak menyambut baik keputusan yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang telah membatalkan temasya tertua Malaysia itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ong Kong Swee berkata, keputusan itu baik untuk semua kerana memandangkan negara ketika ini sedang bergelut dengan penularan wabak Covid-19 yang telah memasuki gelombang ketiga di negara itu.

“Bagi sarawak saya rasa keputusan ni adalah keputusan yang baik, kerana situasi covid kalau dilihat disemenanjung dan disabah pun dah meningkat, dan termasuk di sarawaklah, so kami setujulah sukma dibatalkan pada tahun depan dan di tunda pada tarikh 2022.”Katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVS selepas mewakili Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA secara dalam talian, pada Isnin.

Katanya lagi, keputusan itu juga meletakan keutamaan orang ramai lebih-lebih lagi keselamatan dikalangan atlet.

“Bagi saya keputusannya betulah sebab komuniti paling pentinglahm keselamatan dan resiko atlet sarawak kita, kerana komuniti dikita letakan sebagai keutamaan”. Tambahnya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan