Search
Close this search box.
An exclusive interview with the Rural Development Minister Rina Harun in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star

Taska Boleh Beroperasi Semasa PKPB – Rina

ByEekbal Yusuf

PUTRAJAYA: Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) awam dan swasta dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Bagaimanapun menurutnya pembukaan taska berkenaan perlu mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pada PKPB sebelum ini.

“Tidak ada halangan untuk mereka beroperasi. Kementerian faham sektor ekonomi perlu berjalan seperti biasa dan ibu bapa perlu keluar bekerja,” katanya sambil menambah, pihak Kementerian memahami keperluan ibu bapa yang mahu taska beroperasi semasa PKPB.

Beliau berkata antara SOP yabng perlu dipatuhi di taska ialah ibu bapa perlu memandikan anak masing-masing di rumah sebelum dihantar ke taska, selain anak-anak perlu dihantar mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan sekiranya kesemua ibu bapa menghantar anak masing-masing ke taska pada masa yang sama.

Taska adalah pusat asuhan bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah.

PKPB dilaksanakan di Semenanjung Malaysia kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis sehingga 6 Dis ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan