Search
Close this search box.

Nilai Eksport Kayu Sarawak Merosot Akibat COVID-19

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Pendapatan dari eksport produk perkayuan Sarawak dari Januari sehingga September tahun ini terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli negeri berkata dalam tempoh itu, nilai eksport produk perkayuan Sarawak menyusut sebanyak 20 peratus kepada RM2.8 bilion berbanding RM3.5 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Permintaan pasaran utama Sarawak seperti Jepun, India, negara Timur Tengah, Korea dan lain-lain telah mencatatkan penurunan,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi kementerian beliau di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Katanya nilai eksport papan lapis sebagai produk perkayuan utama telah menurun 17 peratus kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.8 bilion dalam tahun 2019, manakala nilai eksport produk perkayuan ke Jepun sebagai pasaran terbesar menyusut 17 peratus kepada RM1.4 bilion berbanding RM1.7 bilion tahun lepas.

“Bagi membantu industri perkayuan mengharungi pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri membenarkan industri perkayuan utama beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan untuk memenuhi tempahan sedia ada, di samping meneruskan aktiviti ekonomi yang sangat diperlukan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata kerajaan negeri menumpukan kepada pembangunan industri produk nilai tambah bagi mengoptimumkan penggunaan bahan mentah daripada ladang hutan.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut mempergiatkan promosi penanaman buluh bagi membangunkan industri berasaskan bahan hutan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan lagi industri perkayuan dan hasil sumber perhutanan Sarawak.

Beliau berkata Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) juga sedang memperincikan dasar dan rangka kerja komprehensif agar sektor perlombongan, termasuk Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) dapat memberi impak yang maksimum kepada ekonomi negeri, di samping memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara.

“(Langkah ini dibuat) memandangkan sektor perlombongan merupakan salah satu sektor penting dalam menjana ekonomi Sarawak,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan