Search
Close this search box.

PKPD Kampung Haji Baki Ditamatkan Lima Hari Lebih Awal – Uggah

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Haji Baki di sini ditamatkan pada Khamis, lima hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya susulan tiada lagi kes positif COVID-19 yang baharu di kesan di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tiada yang bukti menunjukkan jangkitan wabak berkenaan masih menular di kawasan kampung itu.

“JPBN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD ini,” kata beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak pada sidang media harian COVID-19 di sini.

Selasa lepas, JPBN Sarawak mengumumkan PKPD di Kampung Haji Baki terpaksa dilanjutkan sehingga 17 Nov kerana sebanyak 448 sampel masih menunggu keputusan ujian makmal dan seramai 392 penduduk belum disaring untuk kali kedua.

Bagaimanapun, Uggah berkata semua penduduk kampung itu telah menjalani ujian COVID-19 dan pada Khamis, semua sampel berkenaan telah didapati negatif, yang membolehkan lanjutan PKPD di kampung berkenaan ditarik balik.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan