Search
Close this search box.

Presiden Ukraine Dimasukkan Ke Hospital Kerana COVID-19

ByEekbal Yusuf

KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, yang disahkan positif COVID-19, kini menerima rawatan di hospital dan meneruskan tugasnya dari sana, lapor agensi berita Sputnik memetik pejabat presiden pada Khamis.

Pada Isnin, Zelenskyy berkata beliau telah didiagnosis dengan COVID-19 dan akan menjalankan kuarantin kendiri. Ketua pejabatnya, Andriy Yermak, turut disahkan positif.

“Semuanya diatur dengan ketat oleh protokol. Mereka (Zelenskyy dan Yermak) berada di Feofaniya (hospital di Kyiv). Ada pejabat khas yang lengkap membolehkan presiden mengadakan mesyuarat … Beliau berada di wad yang diasingkan, dan mempunyai barisan pentadbiran yang selamat di sana,” kata penasihat pejabat presiden Mykhailo Podolyak kepada akhbar Ukrayinska Pravda.

Yermak juga berada di bilik yang diasingkan. Mereka berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon, tambah pegawai itu.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan