Search
Close this search box.

Ahli Parlimen Bintulu Mohon Maaf Kepada KP Kesihatan

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan keterlanjuran kata beliau ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen, baru-baru ini.

“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau langsung tidak terdetik untuk menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, frontliners (barisan hadapan) termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.

“Saya hanya berniat untuk membahas soal COVID-19 yang membimbangkan rakyat supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” tambah beliau.

Tiong dikecam hebat susulan ucapan perbahasannya Rabu lalu apabila beliau mempersoalkan sama ada Dr Noor Hisham takut untuk mati akibat COVID-19 kerana mengelak daripada turun padang mengikuti pembanterasan pandemik COVID-19 di Sabah.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment