Search
Close this search box.

Dewan Rakyat Bangkit Isu Peruntukan Belanjawan 2021 Bagi Sabah, Sarawak

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen, masing-masing dari Sabah dan Sarawak, hari ini mencadangkan agar dana lebih besar diberikan kepada kedua-dua negeri itu dalam Belanjawan 2021 sebagai usaha merapatkan jurang pembangunan dengan Semenanjung.

Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021di Dewan Rakyat di sini, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan- Semporna) berkata Sabah harus mendapat peruntukan yang lebih berpadanan dalam belanjawan itu kerana jumlah miskin tegar yang ramai walaupun negeri tersebut kaya dengan pelbagai sumber.

Beliau berkata kelebihan Sabah dan Sarawak yang mempunyai keluasan, kesuburan tanah dan sumber alam semula jadi, harus dimanfaatkan bagi memastikan negara terus membangun selain mampu bersaing dengan negara di rantau Asia serta dunia.

“(Daripada) Keseluruhan peruntukan RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021, Sabah hanya memperoleh RM5 billion atau RM9 bilion dan perkara itu harus dipandang serius agar pembangunan seluruh negara lebih seimbang.

“Kita juga maklum, rantaian sistem pengangkutan di Semenanjung adalah jauh lebih baik berbanding Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar pengendali bas mini di kawasan pedalaman atau kampung dibantu dengan menyewakan dan menjadikan bas mini sebagai sistem pengangkutan sementara bagi membawa pesakit luar bandar ke hospital yang sedikit-sebanyak membantu menjana pendapatan pengusaha terlibat.

Sementara itu, Larry Sng (PH-Julau) pula berkata Sabah dan Sarawak memerlukan tambahan peruntukan pembangunan sebagai usaha merapatkan jurang antara dua negeri berkenaan dan Semenanjung.

Katanya infrastruktur asas di Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.

“Misalnya, kawasan Julau, Sarawak yang seluas gabungan Perlis dan Melaka tidak mempunyai stesen minyak atau balai bomba.

“Sudut kesihatan, nisbah klinik kesihatan dengan jumlah penduduk bagi 2018, di Sabah — satu klinik nisbah 13,129 penduduk, manakala satu klinik nisbah 11,682 penduduk di Sarawak, iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Pahang (1: 5,048),” katanya.

Beliau turut menggesa usaha merapatkan jurang digital dan isu infrastruktur telekomunikasi disegerakan termasuk menaik taraf 2,041 menara telekomunikasi di Sarawak kepada 4G, kerana liputan Internet amat penting dalam amalan norma baharu.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan