Search
Close this search box.

Penduduk Kampung Panti Ambil Inisiatif Tutup Jalan Masuk Elak Penularan COVID-19

ByEekbal Yusuf

JOHOR BAHRU: Bagi menangani penularan wabak COVID-19, penduduk Kampung Panti dekat Kota Tinggi, bersepakat menyekat pergerakan keluar masuk orang dari luar dengan menutup jalan ke kampung itu.

Ketua Kampung Kelantan Johari Leman berkata orang luar khususnya kaki pancing yang menggunakan laluan itu untuk ke Sungai Johor, perlu memahami tindakan penduduk kampung terutama ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau yang turut mentadbir Kampung Panti dan beberapa kampung rangkaian lain berkata tindakan penutupan jalan itu bukan atas arahan pihak jawatankuasa kampung sebaliknya dilakukan atas persetujuan bersama penduduk di situ.

“Saya sendiri turun padang bagi bertanyakan tujuan penduduk menutup jalan itu dan mereka menyatakan ia bagi mengelakkan orang luar keluar masuk kerana laluan tersebut kerap digunakan pemancing luar untuk ke sungai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Johari berkata laluan berkenaan juga bukan laluan utama ke kampung terbabit dan di situ hanya terdapat antara lima dan enam rumah penduduk sahaja.

“Pihak pengurusan kampung sendiri tidak pernah menghalang orang luar masuk ke kampung itu, namun, dalam keadaan sekarang, orang luar harus memahami situasi yang sedang melanda kawasan ini lebih-lebih lagi terdapat Kluster Padang di daerah ini,” katanya.

Terdahulu, tular di laman Facebook yang menunjukkan beberapa gambar tindakan penduduk Kampung Panti mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup jalan masuk ke kampung tersebut bermula semalam.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan