Search
Close this search box.

RCEP Langkah Penting Integrasi Ekonomi Asia

ByEekbal Yusuf

BEIJING: Pelbagai media utama di Britain semalam menerbitkan laporan berhubung Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian melibatkan satu pertiga kapasiti ekonomi dunia dan ditakrifkan sebagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) terbesar di dunia selain melambangkan langkah penting menuju ke arah integrasi ekonomi rantau Asia.

Menurut laporan BBC, RCEP bertujuan untuk mewujudkan perjanjian perdagangan bebas dengan pasarannya yang menyatukan negara-negara anggota melalui pengurangan tarif dan rintangan bukan tarif.

Menurut laporan itu RCEP merupakan perjanjian yang dinaik taraf daripada kesemua perjanjian perdagangan bebas yang berasaskan ASEAN pada masa ini dan sistem peraturan perdagangan yang bersatu di rantau Asia-Pasifik akan mengurangkan kos pengendalian syarikat eksport serta risiko ketidakpastian pengendalian.

Sementara itu, akhbar Financial Times pula melaporkan, RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas paling besar di dunia melibatkan kira-kira 50 peratus populasi global.

Pakar ekonomi turut menyifatkan pemeteraian RCEP sebagai langkah pertama untuk sektor perdagangan rantau Asia berkembang sama seperti di Eropah dan Amerika Utara.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan