Search
Close this search box.

10 Individu Ditahan Dalam Pesta Liar Dan Dadah

ByEekbal Yusuf

BUTTTERWORTH: Sepuluh individu termasuk empat remaja perempuan yang sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah terkejut selepas bilik hotel disewa mereka di Jalan Raja Uda, di sini diserbu polis sebelum kesemua ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sepasukan polis yang melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memeriksa hotel itu pada 1.15 pagi sebelum mendapati mereka yang berumur 15 hingga 23 tahun sedang berhibur di sebuah bilik di situ.

“Mereka yang merupakan rakan-rakan dipercayai memang merancang untuk berhibur termasuk menghisap dadah di bilik hotel itu dan mendaftar masuk bermula petang semalam dengan menyewa untuk satu malam bagi bayaran kira-kira RM150.

“Ujian air kencing mendapati lima lelaki positif dadah manakala yang lain termasuk empat remaja perempuan bawah umur dan tidak bersekolah itu negatif (dadah). Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kesemua mereka masing-masing turut dikompaun RM1,000 kerana melanggar SOP PKPB manakala lima yang positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan