Search
Close this search box.

1,103 Kes Baharu Positif COVID-19 Semalam – Dr Noor Hisham

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam kekal empat digit iaitu 1,103 kes, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 48,520, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dengan perkembangan itu, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 12,601 kes, manakala jumlah kes pulih semalam adalah 821 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 35,606 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, satu kes daripada 1,103 kes baharu yang direkodkan semalam merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Penularan tempatan menyaksikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 392 kes, diikuti Sabah (288), Selangor (150), Perak (116), Negeri Sembilan (90) dan Pulau Pinang (26).

“Kedah pula mencatatkan 10 kes, Wilayah Persekutuan Labuan dan Johor masing-masing lapan kes, Kelantan (tujuh), Terengganu (empat) serta Sarawak, Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata terdapat empat kes kematian COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia akibat wabak itu adalah 313 kes.

‘’Empat kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 46 dan 54 tahun serta dua wanita berusia 73 dan 51 tahun yang kesemuanya dari Sabah.

Mereka menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Tawau,’’ katanya.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan