Search
Close this search box.

ADUN Bugaya Meninggal Dunia

ByEekbal Yusuf

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi  Hospital Gleneagles Kota Kinabalu di sini malam tadi akibat masalah buah pinggang.

Sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Semporna memberitahu Manis Muka, 65, meninggal dunia di hospital itu tengah hari tadi.

Perkara itu kemudian disahkan oleh satu hantaran  Facebook untuk Media Warisan Semporna.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarhamah, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini,” demikian menurut hantaran itu.

Terdahulu, anak Allahyarham,  Fara Deeba Sabardin menerusi perkongsian dalam laman Facebooknya berkata ibunya dimasukkan ke hospital itu malam tadi.

Manis Muka yang juga Ketua Wanita Warisan Semporna, mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini dengan majoriti 6,005 undi, mengatasi enam pencabarnya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan