Search
Close this search box.

FAM Nafi Laporan M’sia Rancang Tarik Diri Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan satu portal bola sepak Kemboja yang mendakwa, skuad Harimau Malaya merancang menarik diri daripada meneruskan baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala Suzuki AFF.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam melalui kenyataan ringkas berkata, laporan media luar negara di laman sesawang https://cambodiafootballnews.com itu adalah tidak benar.

“Kami di FAM tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik diri daripada mana-mana pertandingan yang dinyatakan itu,” jelasnya ringkas dalam satu pesanan WhatsApp, hari ini.

Laporan media itu menyatakan Malaysia merancang untuk menarik diri ekoran pandemik COVID-19 yang mempengaruhi persiapan pasukan kebangsaan, untuk menghadapi kedua-dua kejohanan berkenaan.

Terdahulu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan untuk menangguhkan aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, susulan situasi semasa pandemik COVID-19.

Penundaan itu membabitkan aksi Harimau Malaya dalam Kumpulan G yang sebelum ini dijadualkan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Okt, menentang Vietnam (13 Okt) dan Thailand (17 Nov).

Sementara itu, Piala Suzuki AFF 2020 yang turut terjejas akibat pandemik COVID-19, kini dijadualkan semula dari 11 April hingga 8 Mei tahun hadapan.

Kejohanan itu akan dianjurkan dalam format sepenuhnya, bermain di tempat sendiri dan di tempat lawan di seluruh negara Asia Tenggara yang layak.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan