Search
Close this search box.

MyDigiFex Platform Mempromosikan Perniagaan Francais Ke Luar Negara

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menganjurkan ekspo e-dagang Antarabangsa secara bersiri iaitu Malaysia Digital Franchise Expo 2020 (MyDigiFex) mulai November 2020 ini sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan jenama francais tempatan ke peringkat antarabangsa sejajar dengan norma baharu berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.

Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan, berkata penularan pandemik COVID-19 bukan menjadi halangan kepada MFA untuk membantu perniagaan francais berkembang ke pasaran antarabangsa meskipun kebanyakan negara masih menutup pintu sempadannya. MFA bersama-sama dengan Kementerian sentiasa mencari alternatif untuk membantu para usahawan francais untuk terus kekal bersaing dan mampu bertahan dalam situasi ekonomi kini.

Oleh yang demikian, MyDigiFex secara digital yang merupakan salah satu daripada aktiviti di bawah Program Pengukuhan Francais Bagi Meningkatkan Eksport (EFDP) dilihat amat bersesuaian dilaksanakan pada masa kini untuk membantu francaisor tempatan berhubung terus dengan potensi pelabur dari luar negara. MFA percaya program MyDigiFex ini akan dapat meningkatkan lagi bilangan jenama tempatan dan outlet di peringkat antarabangsa pada masa hadapan” tambahnya.

Selain itu, Radzali berkata bahawa Program ini akan membabitkan penyertaan daripada 14 syarikat francaisor dengan jangkaan potensi pelaburan sebanyak RM75 juta di 5 buah negara dalam tempoh masa 12 bulan.

Beliau juga berkata penganjuran MyDigiFex adalah adaptasi daripada Program Misi Pemadanan Perniagaan Francais yang dianjurkan di bawah Program EFDP pada tahun sebelum ini. Memandangkan kebanyakan negara masih bergelut dengan wabak Covid-19, sokongan kepada ahli MFA perlu diteruskan dalam mempromosikan perniagaan mereka ke luar negara, jesteru itu, MFA perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyesuaikan dengan persekitaran norma baharu, maka itu MyDigiFex dianjurkan.

“Strategi pengantarabangsaan perniagaan francais melalui program ini akan membantu penggiat francais tempatan untuk terus kekal berdaya saing, sekali gus menempatkan jenama mereka di pasaran antarabangsa bagi memenuhi permintaan global terutamanya ke pasaran rantau ASEAN serta negara-negara maju” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Siri penganjuran MyDigiFex akan bermula pada 16 sehingga 18 November 2020 ke pasaran Timur Tengah, diikuti ke pasaran Eropah pada 23 sehingga 25 November 2020 dan seterusnya ke pasaran Jepun dan Korea Selatan, Benua Afrika, Australia dan New Zealand pada bulan Disember 2020.

Mengulas lanjut, Radzali berkata antara pencapaian Program EFDP ini sejak dilaksanakan pada tahun 2016 adalah antaranya jenama Marrybrown berjaya menembusi pasaran di Jepun dan Sweden, outlet Global Art & Creative berada di Jepun dan Morocco, manakala perniagaan Manhattan Fish Market berjaya membuka outlet di Jordan dan Mauritius.

Setakat ini, sebanyak 66 jenama francais tempatan telah berjaya menembusi pasaran 65 buah negara.

SUMBER: Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Nama: Nurul Ain

Bahagian Komunikasi Korporat

Persatuan Francais Malaysia (MFA)

Tel: 603-6241 4141

Faks : 603-6241 1551

E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my

Laman web: www.mfa.org.my

–BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan