Search
Close this search box.

AirAsia Japan Failkan Muflis

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) hari ini memfailkan muflis.

“(Ini) disebabkan ketakmampuan bayar akibat penurunan permintaan bagi perjalanan berikutan sekatan perjalanan keluar masuk yang dikenakan susulan pandemik koronavirus,” menurut syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

AirAsia Group memegang kepentingan dalam AAJ menerusi pegangan sahamnya di AirAsia Investment Ltd.

Pada 5 Oktober, kumpulan itu mengumumkan ahli lembaga pengarahnya memutuskan untuk menutup operasi AAJ dengan serta-merta untuk mengurangkan beban kewangan di tengah-tengah situasi operasi yang amat mencabar di Jepun yang semakin teruk oleh pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan