Search
Close this search box.
rpt

Kerajaan Optimis Tingkatkan Liputan Internet Di Kampung

KUCHING: Penduduk Kampung Boyan, Gersik dan Sourabaya (BGS) kini menarik nafas lega selepas impian untuk menikmati kemudahan internet lebih pantas jadi kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.4 Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memberitahu, dengan pemasangan kabel gentian optik oleh Telekom Malaysia (TM) berjalan dengan lancar

Menurutnya, ia secara tidak langsung akan memudahkan penduduk setempat untuk memasarkan produk, pembelajaran dan memudahkan pelawat menikmati kemudahan internet lebih pantas.

“Inisiatif daripada pihak kerajaan melalui usaha TM adalah satu yang baik dalam meluaskan khidmat unifi di kawasan-kawasan kita”

“kampung BGS ini terkenal dengan aktiviti pelancongan, sebelum pandemik berlaku setiap hujung minggu kawasan ini akan padat dengan pelawat dan pelancong luar yang datang pergi ke kampung Boyan, Gersik, kerana tempat ini popular dengan industri kek lapis serta keindahan alam semulajadi..” tambahnya selepas mengadakan lawatan ke tapak pemasangan kabel gentian optik di Kuching, pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) menambah, penduduk di kawasan berkenaan diseru untuk menjaga kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti vandalime sekaligus menjalinkan kerjasama daripada pelbagai agensi bagi pemantauan.

“Kita akan berkerjasama dengan agensi-agensi seperti DBKU, TELEKOM dan bantuan dari pihak polis., untuk kita bersama-sama kerjasama dengan JKKK Kampung, untuk memastikan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini dapat kita jaga dengan baik.”kata Abdul Rahman.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan