Search
Close this search box.

Pacuan Empat Roda PDRM Bawa Jenazah Ditimpa Kemalangan

ByEekbal Yusuf

BANDAR PERMAISURI: Pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata insiden pada kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan jenazah lelaki berusia 51 tahun tersebut terjatuh dari kenderaan dan warisnya mengalami kecederaan patah lengan kanan manakala anggota polis berpangkat koperal yang memandu kenderaan terseliuh bahu kiri.

“Kemalangan berlaku ketika pacuan empat roda tersebut dalam perjalanan ke Hospital Setiu dari arah Sungai Tong dengan membawa jenazah kes mati mengejut.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, hujan lebat serta keadaan jalan yang licin mengakibatkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke bawah tebing ladang sawit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa yang tercedera dan jenazah itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan