Search
Close this search box.

Hantaran Di FB Tidak Benar – Pemangku Residen Miri

MIRI: Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf hari ini menyangkal satu hantaran di Facebook oleh pemegang akaun bernama Jenifer Lawrence yang mendakwa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) telah membenarkan bas pelancongan digunakan untuk membawa 46 penumpang dari Sabah ke Miri.

Abdul Aziz berkata hakikatnya bas itu membawa penumpang yang tiba dari Kota Kinabalu melalui udara ke sebuah hotel di sini dari Lapangan Terbang Miri.

“Penumpang dihantar ke pusat kuarantin dan proses sanitasi bas itu telah dijalankan pada Isnin berdasarkan prosedur operasi standard yang digariskan JPBN,” kata Abdul Aziz dalam kenyataan semalam.

Jenifer Lawrence berkongsi pautan laporan akhbar bahasa Mandarin di laman Facebook ‘Sarawak Covid-19 Awareness Group’ dan berkata sebuah bas pelancong telah membawa 46 penumpang dari Sabah melalui darat.

Bagaimanapun, Jenifer Lawrence telah membetulkan hantarannya dengan berkata akhbar itu telah menyiarkan laporan yang salah.

Hantarannya itu telah mengundang kutukan orang ramai yang mengatakan JPBN tidak sepatutnya membenarkan sebarang kemasukan dari Sabah yang dilaporkan mempunyai jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

Abdul Aziz berkata hantaran itu tidak tepat, yang pada pendapatnya boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Miri yang sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kerajaan membendung penularan pandemik itu.

“Kami akan siasat dan laporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia (MCMC) atau polis.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum berkongsi sebarang maklumat di laman media sosial,” kata Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Miri.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan