Search
Close this search box.
ALOR SETAR, 13 Jan -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ditemui pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Jerlun Cadang Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Pilihan Raya Dipinda

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam mencadangkan agar Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan berkenaan pembubaran Dewan Rakyat dipinda untuk membenarkan kerajaan menunda pilihan raya atas alasan keselamatan atau kesihatan rakyat sehingga ancaman berakhir.

Mukhriz berkata usul itu yang akan beliau kemukakan sebagai usul persendirian, memenuhi kriteria Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu “perkara sesuatu, berkehendak disegerakan dan berkenaan kepentingan ramai”.

“Oleh sebab negara dilanda satu wabak yang mengancam nyawa rakyat, maka Jerlun ingin mengusulkan agar satu pindaan terhadap perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan berkenaan pembubaran dewan dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 dan dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 14 dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Tujuan usul ini ialah untuk membenarkan kerajaan menunda pilihan raya atas alasan keselamatan atau kesihatan rakyat sehinggalah ancaman itu berakhir,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat di sini.

Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan berkaitan ‘memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen’ menyebut: “Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar”.

Menyedari pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat, Mukhriz yang kini mewakili Parti Perjuang yang pendaftarannya masih belum diluluskan, berkata beliau percaya kerajaan Perikatan Nasional juga inginkan pandemik COVID-19 ditangani sebaik mungkin.

“Maka kerajaan harus menyokong cadangan pindaan ini, malah ada baiknya jika kerajaan sendiri yang derafkan usul untuk dibentangkan di dewan yang mulia ini.

“Jerlun sangat yakin sekiranya wujud azam politik yang tinggi dalam kalangan semua pihak, kenapa tidak Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyelamatkan rakyat daripada ancaman penyakit seperti COVID-19.” katanya.

Malah katanya usul itu juga selaras dengan hasrat beberapa wakil kerajaan sebelum ini yang berpandangan darurat perlu diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan pandemik tersebut.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan