Search
Close this search box.
3D illustration

COVID19: Sarawak Catat Dua Kes Positif Pada Jumaat

KUCHING: Sarawak mencatatkan dua kes positif yang dilaporkan iaitu masing-masing satu di Daerah Miri dan Kuching sekaligus menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1, 055 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kes ke 1,054 yang dilaporkan di daerah Miri merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bekerja sebagai seorang eksekutif teknikal sebuah syarikat minyak dan gas berpangkalan di Miri.

“Kes ini telah dikesan melalui saringan aktif secara rawak yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri di beberapa tempat kerja di Bandaraya Miri sejak awal Novermber 2020.

“Kes ini juga tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala jangkitan COVID-19 dan tifak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau mengunjungi kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 di dalam negara dalam tempoh tiga bulan yang lepas.” Kata JPBNS menerusi satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lebih lanjut, kes ini masih dalam siasatan lanjut dan pengesanan kontak – kontak serumah, tempat kerja dan kotak sosial kepada kes ini sedang giat dijalankan.

Walaubagaimanapun, kes ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Manakala bagi kes ke 1,055 di daerah Kuching merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang merupakan seoraang penjawat awam bertugas di tempat kerja yang sama dan mempunyai kontak rapat dengan kes ke 1,051.

Jelas JPBNS, Kes ini telah disaring melalui aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 pada 19 November 2020 dan didapati positif pada hari ini.

“Kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala jangkitan COVID-19 dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau mengunjungi kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 di dalam negara dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

“Kes masih dalam siasatan lanjut dan pengesanan kontak-kontak serumah dan kontak sosial kepada kes ini sedang giat dijalankan kerana kes ini mempunyai perkaitan dengan Kluster Besi.” Ujar JPBNS lagi.

Dalam pada itu, JPBNS turut melaporkan tiada keluster baharu dilaporkan menjadikan enam kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas, Kuching.

Selain itu, jawatankuasa tersebut memberitahu, terdapat sembilan kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

“Seramai tujuh yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dua lagi dari Hospital Miri sekaligus menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah seramai 971 orang atau 92.04% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.” Jelasnya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan