Search
Close this search box.

SKM Sediakan Insentif Bantu Koperasi Di Melaka Terjejas COVID-19

ByEekbal Yusuf

MELAKA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan pelbagai insentif dan geran kepada koperasi di Melaka yang berdaftar di bawahnya dalam usaha membantu industri berkenaan yang terjejas susulan penularan COVID-19.

Pengarah SKM Melaka, Mohd Firdaus Shaari berkata antara insentif berkenaan ialah Jualan Harga Patut berjumlah RM5,000 bagi setiap koperasi khususnya yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan.

“Insentif ini diberi secara pembayaran balik atas kos pembelian barangan asas terpilih seperti gula, beras, tepung dan minyak masak.

“Tiga koperasi menerima insentif tersebut dan jumlah pendapatan terkumpul bagi tiga koperasi itu dalam tempoh enam bulan sejak ia diluluskan pada Mac dan April lepas mencatat jumlah sebanyak RM2.54 juta,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata bantuan di bawah Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK) juga disediakan dan sebanyak 19 koperasi telah menerima dana berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM80,000.

Katanya, dana berkenaan digunakan sebagai pusingan modal bagi koperasi tersebut untuk membayar gaji atau upah pekerja serta sewa operasi dan utiliti, sekali gus mengurangkan beban kewangan melibatkan aspek operasi.

Selain itu, Mohd Firdaus berkata sebanyak dua koperasi di bawah sektor pelancongan menerima geran berjumlah RM17,000 menerusi Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi (Pulih) bagi membiayai kos promosi dan publisiti aktiviti pelancongan yang dijalankan koperasi berkenaan.

Beliau berkata pembiayaan RM50,000 tanpa cagaran menerusi Tabung Modal Pusingan SKM Khas COVID-19 turut ditawarkan kepada koperasi yang layak dan empat koperasi telah memohon dan sedang menunggu kelulusan.

“SKM juga menyediakan insentif Bantuan Perakaunan bagi mengaudit akaun koperasi tidak aktif agar dapat memulakan semula operasi mereka dan sehingga kini sebanyak enam koperasi mendapat manfaat tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM12,000,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 41 peratus atau 125 daripada 304 koperasi aktif pelbagai sektor di Melaka dilapor terkesan ekoran penularan COVID-19 sejak Mac hingga Jun lepas.

“Setakat ini, tiada koperasi dilaporkan gulung tikar atau ditutup berikutan situasi ekonomi semasa dalam tempoh penularan COVID-19, namun terdapat koperasi yang terpaksa menghentikan pengoperasiannya buat sementara tetapi jumlahnya tidak besar,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan