Search
Close this search box.
3D illustration

PKPB Di Daerah Kuching Dilanjutkan Lima Hari Lagi

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Daerah Kuching dilanjutkan sehingga 27 Novermber 2020

Menurut Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Tan Sri James Jemut Masing,pekara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat (JPBNS) pada Ahad.

“Dalam tempoh 14 hari yang lepas masih terdapat 58 kes positif tempatan di Daerah Kuching.

“Taburan kes-kes jangkitan ini tidak tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja. Oleh itu, setelah penilaian risiko, maka tempoh PKPB di daerah Kuching dilanjutkan sehingga 27 Novermber 2020.” katanya pada sidang media harian COVID-19.

Sementara itu Sarawak hari ini kembali mencatatkan sifar kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-1919 di Sarawak kekal 1,055 kes.

Walaubagaimanapun, terdapat enam kluster yang kekal aktif di Sarawak seperti Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Sabarkes, Kuching Sarawak.

James Jemut Masing menambah, terdapat 38 PUI telah dilaporkan dan dua PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Hari ini tiada kes COVID-19 yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau kes yang menerima bantuan alat pernafasan dan tiada kes kematian baharu dilaporkan.

“Jumlah kemastian kekal seramai 19 orang atau 1.80% daripada 1,055 kes keseluruhan.” katanya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan