Search
Close this search box.
Selepas mengumpulkan keluhan, rungutan dan aduan pengguna mengenai isu kelewatan penerbangan AirAsia, KPDNHEP telah membuat penelitian awal dari segi kepentingan pengguna mengikut bidang kuasa kementerian dan menghubungi pengurusan AirAsia bagi mendapatkan maklum balas.

Airasia.com, Turkish Airlines Bekerjasama Manfaatkan Potensi Perjalanan Antarabangsa

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Airasia.com menjalin kerjasama dengan Turkish Airlines bagi membolehkannya mengembangkan rangkaian penerbangan pan-Asia susulan jangkaan potensi peningkatan semula perjalanan udara antarabangsa.

Kerjasama itu juga membolehkan airasia.com memanfaatkan destinasi Turkish Airlines yang komprehensi dan mempunyai jaringan terbesar di dunia dari segi negara dan titik penerbangan antarabangsa oleh syarikat penerbangan global, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pihaknya mengalu-alukan peluang kerjasama itu termasuk mempromosi Turki sebagai pintu masuk utama ke Eropah apabila sempadan dibuka secara beransur-ansur pada tahun depan.

“Pada hari ini, airasia.com yang menawarkan produk perjalanan dan gaya hidup komprehensif juga merupakan platform terbaik untuk mempromosi tawaran pelancongan oleh Turki dan pasaran Eropah.

“Kami akan terus bekerjasama secara kreatif dengan pemain industri lain untuk menggalakkan permintaan perjalanan dan melengkapkan lagi tawaran produk kami untuk keperluan perjalanan dan gaya hidup dalam satu platform,” katanya.

Menerusi usaha memanfaatkan teknologi bersepadunya, airasia.com kini dapat menggabungkan inventori penerbangan Turkish Airlines dan penerbangan AirAsia serta menawarkan diskaun hebat.

Airasia berkata kerjasama itu dijangka dapat menghasilkan sinergi antara kedua-dua belah pihak melalui promosi destinasi secara bersama dengan matlamat untuk memanfaatkan pembukaan sekatan perjalanan antarabangsa akan datang.

Para pelancong dan pengembara juga boleh menikmati kemudahan dan nilai hebat yang ditawarkan di seluruh ekosistem airasia.com seperti penerbangan, hotel dan aktiviti, kata kenyataan itu.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment