Search
Close this search box.

AS Sah Tarik Diri Daripada Perjanjian Langit Terbuka

ByEekbal Yusuf

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Langit Terbuka, kata Jabatan Negara pada Ahad, enam bulan selepas pengumuman Presiden Donald Trump berhubung keputusan itu, lapor agensi Anadolu.

“Pada 22 Mei 2020, AS telah menggunakan haknya sesuai dengan perenggan 2 Artikel XV Perjanjian Langit Terbuka dengan mengemukakan notis kepada peserta dan negara  anggota mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada perjanjian itu, berkuat kuasa enam bulan dari tarikh pemberitahuan, ” kata Timbalan Jurucakap Cale Brown dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu membenarkan negara anggota saling melintasi ruang udara masing-masing untuk tujuan pemantauan ketenteraan sebagai langkah meningkatkan keyakinan sama ada negara terbabit sedang melakukan persiapan perang.

Tiga puluh empat negara turut serta dalam perjanjian tersebut, termasuk Rusia, Turki, negara-negara Eropah dan Kanada.

AS berulang kali mendakwa Rusia melanggar perjanjian itu sejak 2017, dengan mengatakan keputusan Moscow mengehadkan jarak penerbangan hingga 311 batu (500 kilometer) di ruang udara Rusia yang terletak di antara Lithuania dan Poland, melarang penerbangan berhampiran sempadan Georgia-Rusia, dan membatalkan kebenaran terbang sebelum ini untuk latihan ketenteraan pada 2019.

Trump mengumumkan keputusan itu pada Mei, dengan mengatakan: “Rusia tidak mematuhi perjanjian, selagi mereka tidak mematuhinya, kami akan tarik diri.”

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan