Search
Close this search box.
SHAH ALAM 16/05/2018, Selangor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali to announce the portfolios of state executive councillors with Exco Selangor at SUK Selangor. Picture by - Zuraneeza Zulkifli

MITI Lulus 312 Projek Bernilai RM22.9 Bilion Menerusi Platform e-ML

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan sejumlah 312 projek membabitkan nilai pelaburan RM22.9 billion bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Okt, 2020 menerusi platform digital lesen pengilangan elektronik (e-ML).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kelulusan di bawah Lesen Pengilang secara ‘fast track’ atau pantas itu juga merupakan antara usaha kementerian dalam menarik pelaburan baharu dalam industri berimpak tinggi dan berteraskan teknologi.

Beliau yang juga Menteri Kanan berkata Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) juga telah ditutbuhkan yang memusatkan kesemua penilaian dan kelulusan pakej pelaburan berkaitan insentif cukai dan geran di peringkat nasional.

“Bagi tempoh Mac hingga September 2020, sebanyak 1,054 projek bernilai RM66.9 bilion telah diluluskan dan dijangka menjana sejumlah 44,354 peluang pekerjaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamed Azmin berkata MITI juga menubuhkan Unit Penyelarasan dan Pemecutan Projek (PACU) di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk memudahcara urusan dengan pelbagai agensi berkaitan bagi menyegerakan pelaksanaan projek pelaburan di negara ini mulai 1 Julai, 2020.

“Setakat 31 Okt, 2020, sebanyak 185 projek atau 46 peratus daripada 398 projek pengilangan yang diuruskan oleh PACU, telah mula dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Sept, 2020 juga bersetuju mengenai penubuhan pusat sehenti (OSC) bagi memudah cara urusan kemasukan pelawat perniagaan.

Ini merangkumi tiga komponen utama iaitu jawatankuasa OSC dianggotai oleh MITI, MIDA, Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan untuk menilai dan mempertimbang permohonan kemasukan pelawat perniagaan dalam tempoh tiga hari bekerja.

Komponen kedua ialah Pusat Pelawat Perniagaan (BTC) yang menyediakan perkhidmatan pegawai pengiring dan makmal ujian COVID-19 untuk kemudahan kemasukan pelawat perniagaan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurutnya, komponen ketiga adalah laman sesawang khas maklumat dan khidmat nasihat untuk memudahkan kemasukan pelawat perniagaan tersebut.

“Bagi tempoh setakat 20 Nov, 2020, Jawatankuasa OSC telah menilai sebanyak 2,243 permohonan pelawat perniagaan jangka panjang. Sejumlah 2,146 permohonan telah diluluskan manakala 97 tidak dipertimbangkan atas pelbagai faktor,” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,225 atau 55 peratus permohonan bagi kategori pas lawatan profesional manakala sejumlah 1,018 (45 peratus) di bawah kategori pas penggajian.

Bagi permohonan pelawat perniagaan jangka pendek iaitu selama 14 hari dan ke bawah di negara ini, MIDA sedang melaksanakan penambahbaikan Sistem MyEntry bersama Jabatan Imigresen dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd.

Kategori Pelawat Perniagaan Jangka Pendek merangkumi pelabur berpotensi, pelabur sedia ada (pemilik perniagaan/ahli Lembaga Pengarah tanpa pas penggajian), pelanggan perniagaan dan pakar teknikal bagi tujuan kes kecemasan, kata beliau.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan