Search
Close this search box.

Laporan Kerajaan Berhubung MA63 Harus Diumum Secara Terbuka – SAPP

KOTA KINABALU: Laporan kerajaan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus diumum secara terbuka agar rakyat dapat mengikuti perkembangan dan menilai pelaksanaan perjanjian itu, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata perkara itu juga akan memastikan pemimpin kerajaan dan peguam sentiasa mematuhi pelaksanaan yang dipersetujui.

“Hanya setelah rakyat, ahli politik, ahli akademik dan penjawat awam termasuk hakim tahu sejauh mana tahap ketidakpatuhan MA63 barulah negara dapat bergerak sebagai satu unit ke arah pematuhan penuh perjanjian itu yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

“Menyembunyikan laporan MA63 daripada umum sama seperti mengizinkan parti-parti memerintah bersikap sambil lewa dan berlengah-lengah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Yong berkata tindakan melindungi laporan MA63 daripada pengetahuan umum  yang diambil sebelum ini juga jelas tidak memuaskan hati banyak pihak selain tidak membawa sebarang perkembangan kepada isu.

Beliau berkata 57 tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu ditandatangani namun pelaksanaan penuh MA63 masih lagi tertangguh.

“Sepatutnya tidak perlu lagi ada jawatankuasa teknikal yang hanya akan menyebabkan MA63 terhalang oleh kerenah birokrasi,” katanya.

Sebaliknya kata beliau, sekarang adalah masa bagi Sabah dan Sarawak serta Jabatan Peguam Negara persekutuan menggubal akta Parlimen dan enakmen negeri yang baharu bagi menguatkuasakan pematuhan MA63.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan