Search
Close this search box.

Sarawak Catat Dua Kes Baharu, Setelah Terkandas Di Romania

KUCHING: Hari ini Sarawak kembali mencatatkan dua kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1,058 kes.

Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (COVID-19) berkata, kedua-dua kes ini masing-masing merupakan dua lelaki warganegara tempatan yang balik dari Romania melalui Qatar pada 8 November 2020 dan sampai di Kuala Lumpur pada 9 November 2020.

“Kes ke 1,057 dan 1,058 yang merupakan dua pekerja industri minyak dan gas yang terkandas di Romania baru-baru ini didapati positif COVID-19 setelah menjalani saringan sejurus tiba di Lapangan Terbang Terbang Sibu pada 23 November lepas.

“Saringan rT-PCR pertama mereka pada 10 November 2020 didapati negatif COVID-19  yang menggunakan RTK Antibodi pada 22 November.” Jelas kenyataan itu.

Mengulas dengan lebih lanjut, kes -kes ini adalah sebahagian daripada pekerja warganegara Malaysia dalam bidang minyak dan gas yang mendapat perhatian kedutaan Malaysia di Romania, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak telah menguruskan penghantaraan pulang mereka.

“Kes ini dikategorikan sebagai kes yang telah mendapat jangkitan semasa berada di luar negara dimana kedua-dua tidak menunjukkan tanda dan gejala kes jangkitan COVID-19.

“Kes telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.” Ujar JPBNS lagi.

Dalam pada itu, terdapat enam lagi kluster COVID-19 yang masih aktif iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas, Kuching Sarawak.

Terdapat 16 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital iaitu di Hospital Umum Sarawak (14) dan Hospital Miri (2) sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,008 orang atau 95.27 % dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Walaubagaimanapun, terdapat 27 PUI baru telah dilaporkan dan empat PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan