Search
Close this search box.

Salah Guna Cap Sempadan : Tiga Ejen Asing Ditahan Bantu Siasatan SPRM

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Tiga ejen pekerja asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan cap keluar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Menurut sumber, ketiga-tiga ejen berusia lingkungan 30 hingga 66 tahun itu ditahan sekitar Kuala Lumpur petang Selasa.

“Seorang daripada ejen terbabit merupakan seorang peguam manakala dua yang lain menjalankan perniagaan berkaitan agensi pekerja asing.

“Setakat ini, seramai 59 orang telah ditahan sepanjang Ops Selat dilancarkan. Ini termasuk 15 ejen pekerja asing, 34 pegawai Imigresen dan 10 orang awam yang bertindak sebagai keldai akaun,” katanya.

Sumber SPRM berkata ketiga-tiga ejen dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu bagi permohonan tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan SPRM telah menahan 50 individu dalam Ops Selat di beberapa negeri berkaitan kes pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara, membabitkan 28 pegawai Imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen hasil risikan serta pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di KLIA, KLIA2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan