Search
Close this search box.

Tiada Kes Positif Di Catatkan Pada Sabtu

KUCHING: Sarawak sekali lagi mencatatkan sifar kes positif COVID-19 dengan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 1,062.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata menerusi kenyataan media, tiada kluster baharu dilaporkan walaubagaimanapun, katanya, terdapat enam kluster yang masih kekal aktif iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Saberkas masing-masing semua kes di Kuching.

“Hari ini sebanyak dua kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.

“Kedua-dua kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

JPBNS menambah, jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 23 orang walaubagaimanapun, terdapat 24 individu disyaki (PUI) baru telah dilaporkan dengan dua kes PUI masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Seramai 491 individu di bawah pengawasan baharu mendaftar masuk di hotel hari ini untuk menjalani kuarantin,” Katanya JPBNS dalam kenyataannya.

Mengulas lebih lanjut, JPBNS memberitahu daerah Kuching dan Miri kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan seramai 19 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan