Search
Close this search box.

Sarawak Kembali Catat Sifar Kes COVID-19

KUCHING: Sarawak pada Rabu kembali mencatatkan sifar kes positif yang dikesan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kekal 1,065 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata menerusi satu kenyataan berkata, terdapat enam kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu kluster Besi, kluster Jalan Abell, kluster Baki, kluster Seladah, kluster Greenhill dan kluster WIsma Saberkas masisng-masing dari Kuching, Sarawak.

“Tiada kes baharu yang telah pulih dan dibenakan discaj dari hospital pada hari ini walaubagaimanapun terdapat satu PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal,” Ujar JPBNS lagi.

Mengulas lebih lanjut, Daerah Kuching dan Miri kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 11 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Dimana Kuching (9) dan Miri (2) manakala 38 buah daerah lain kekal berstatus Hijau.” Katanya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan