Search
Close this search box.

Majlis Iktiraf Pelaksana OKSHE

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Isteri Ketua Menteri Sarawak merangkap Penaung Projek Inovasi Songket dan Keringkam Sarawak Datuk Amar Hajjah Jumaani Tun Tuanku Haji Bujang telah menghadiri Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) Appreciation Lunch bersama agensi kolaborasi dan pelaksana bagi projek OKSHE dari tahun 2018 hingga kini. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan OKSHE, majlis tersebut adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya agensi kolaborasi dan pelaksana projek/inisiatif di bawah OKSHE serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha untuk mencapai misi dan visi OKSHE dari tahun 2018 hingga 2020. 

“Antara projek dibawah Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) yang telah siap sepenuhnya oleh agensi pelaksana dan telah memberi impak positif kepada orang awam dan komuniti tempatan adalah projek infrastruktur seperti Pengubahsuaian Visitor Information Centre (VIC) di Old Court House, papantanda di Kampung Nombor dan pontoon di Tebingan Sungai,  pengindahan dan hiasan pencahayaan di kawasan Tebingan Kuching, Kampung Nombor (Kampung Nombor 1 hingga Kampung Nombor 6) dan Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS).

“Penambahbaikan keselamatan iaitu pemasangan CCTV di kawasan Kampung Nombor dan India Street, mengadakan lebih kurang 23 kursus/latihan kepada komuniti tempatan sepanjang tahun 2018 hingga 2020, penjenamaan semula 86 produk tempatan yang melibatkan 42 orang usahawan OKSHE serta pengkomersialan produk tersebut di pasaran seperti di MYDIN Vista Tunku, MYDIN Semariang dan Heritage Central Galeri di Jalan Masjid dan lebih kurang 60 program daripada tahun 2018 – 2020,” kata kenyataan itu.

Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif OKSHE dan Pengerusi Projek Inovasi Songket dan Keringkam Datu Dr Sabariah Putit, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak Datuk Haji Abang Abdul Wahab Abang Julai, dan Pengerusi Sarawak Media Group Dato Hajah Norhyati Ismail.

Hadir sama Pengarah Penjara Negeri Sarawak TKP Rosidek Musa, dan Pengarah Penjara Puncak Borneo PKP Hamdan Salleh.

Sementara itu, kenyataan terbabit menambah, projek kolaborasi Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Penjara Sarawak yang dimeterai pada bulan Ogos 2019 iaitu Projek Inovasi Songket dan Keringkam telah dilaksanakan dengan jayanya dengan adanya Bengkel Sarapride di Penjara Puncak Borneo yang melibatkan 23 orang penghuni penjara sebagai pelapis penenun songket Sarawak serta telah menghasilkan 59 helai tenunan songket pada masa ini.

“Songket dan Keringkam di Jalan Masjid telah ditubuhkan untuk mempamerkan serta mengkomersialkan tekstil premium Sarawak iaitu songket dan keringkam yang ditenun oleh komuniti Kuching, Samarahan, Gedong, Padawan, Rajang, Limbang, Lawas, CENTEXS serta penghuni Penjara Puncak Borneo,” ujarnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan