Search
Close this search box.

Hujan Lebat Di Sabah, Sarawak Hingga Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Sandakan, Sabah melibatkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan hingga esok.  

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam satu kenyataan memaklumkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah serta Kudat di Sabah dengan hujan lebat dijangka berlaku bagi tempoh sama.

Menurut beliau, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat juga diramal berlaku bermula esok hingga Ahad (17 Jan) membabitkan kawasan Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak serta pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat Sabah dan Labuan.

“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60  kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh tersebut.

Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter pula boleh berlaku di perairan Sabah Timur.

Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan