Search
Close this search box.
General practician Oliver Abbushi vaccinates patient Dorothea Robert with AstraZeneca's vaccine against the coronavirus (Covid-19) at his doctor's office in Deisenhofen, southern Germany, on March 31, 2021, amid the ongoing pandemic. - Bavarian GPs are now allowed to vaccinate their patients against Covid-19. The first day of vaccinations in their practices, however, comes just hours after the German government announced that AstraZeneca's vaccine is reserved for general use in people over 60. (Photo by LENNART PREISS / AFP)

409,784 Individu Sudah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Seramai 409,784 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 609,153 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,018,937.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 80,195 diikuti Sarawak (63,539), Kuala Lumpur (57,152), Johor (56,663) dan Sabah (54,309).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 54,820 individu, diikuti Perak (46,592), Sabah (41,948), Kuala Lumpur (34,683) dan Pahang (32,688).

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 8,602,156 atau 35.5 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,291,633 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini membabitkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 membabitkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

— BERNAMA 

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan