Search
Close this search box.

Hasilkan Perabot Sendiri Kerana Tidak Mampu Beli, Kini Jadi Punca Rezeki

TERINGIN memiliki perabot sendiri tetapi kewangannya yang terhad telah membuat seorang surirumah mencungkil bakat terpendam dalam dirinya iaitu bertukang dan membuat sendiri perabotnya menggunakan buluh hutan.

Hasilnya, bukan sahaja dia berjaya memiliki perabot idamannya tetapi bakatnya itu kini menjadi sumber pendapatan ibu kepada lapan anak ini.  

Alice Rapus, 51, tidak pernah mengikuti sebarang kursus pertukangan namun kerana keinginan memiliki perabot sendiri, beliau seolah-olah berjaya mencungkil bakat terpendam yang ada padanya secara tidak sengaja.

Daripada meredah hutan, menebang, mencuci, menjemur buluh dan bertukang, semuaya dibuat sendiri oleh Alice.

Alice menebang sendiri buluh untuk dijadikan perabot

Bermula dengan hanya membuat set kerusi sofa untuk diri sendiri, Alice yang berasal dari Kampung Simpok, Padawan kini sudah mahir membuat set meja makan, set kerusi sofa sehingga mendapat banyak tempahan.

“Kerusi buluh ni sebenarnya sudah lama saya minat nak buat tapi idea untuk membuatnya hanya timbul dalam dua tahun yang lalu.

 Saya ada berjalan dan melihat kerusi buluh dan lihat cara membuatnya. Tapi kerusi itu cuma satu saja tapi sebab betul minat saya pun cari buluh, tebang, gergaji, belah dan ukur untuk buat kaki dan tempat letak tangan untuk dipasang, bila siap ia tidak berapa cantik. Itu pertama kali saya buat tak berapa bagus, jadi saya buat kali kedua dan lihat ia lebih bagus, ketiga yang kita duduk ini bertambah bagus, saya kilatkan dan lihat ia cukup cantik boleh dijual,” katanya.

Alice gigih menghasilkan sofa buluh

Melakukan pekerjaan yang biasa dibuat oleh kaum lelaki, Alice mengakui membuat kerusi dan meja buluh tidak mudah kerana memerlukan kekuatan tenaga untuk menebang, mengangkut dan membelah buluh.

Menurutnya, Selain proses pembuatannya, ia juga memerlukan ketelitian dan kesabaran apabila tempoh sebulan diperlukan untuk menghasilkan satu set kerusi dan meja buluh.

“Saya cari buluh dulu cari buluh ni bukan senang, susah sebab buluh ni perlu tengok panjang dan besarnya. Macam yang kita ambil tadi, susah juga kita nak tarik kena tengoh atas mana yang senang nak tarik, lepas tarik kena gergaji pikul bawa balik, belah, buang miang, lepas tu rendam hampir sebulan supaya keras dan tidak dimakan anai-anai.

“Untuk satu set perabot tersebut memerlukan antara 60 hingga 70 bilah buluh yang diambil daripada lima batang buluh panjang, manakala paku dan skru pula dalam 5 kilogram,” jelasnya.

Meskipun melalui banyak proses yang mengambil masa panjang, set kerusi dan meja hasil kerja tangan Alice berbaloi untuk dimiliki kerana ia tahan lasak walaupun diletak kawasan taman di luar rumah.

Set sofa buluh hasil tukang tangan Alice

Ujar Alice, disebabkan buluh digunakan direndam terlebih dahulu, maka ia tidak mudah reput terkena hujan, malah bertambah kukuh sehingga dapat digunakan sampai 10 tahun.

Setakat ini, perabot  buatan Alice sudah banyak dibeli oleh saudara-mara dan penduduk kampung yang tertarik melihatnya apabila bertandang ke rumahnya.

Alice menjual perabot buatannya pada harga rm1,700 untuk set saiz besar dan rm1,500 untuk saiz sederhana, manakala warna asli seperti colkat dan hijau paling diminati pelanggan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan