Search
Close this search box.

Francisca Luhong tetap juara di hati rakyat Malaysia

Walaupun tidak berjaya mara untuk ke ‘Top 21’, Francisca Luhong tetap berjaya menggalas tanggungjawabnya dengan cemerlang sebagai Miss Universe Malaysia. Biarpun banyak halangan dan tekanan yang dihadapi sepanjang proses persiapan, namun atas usaha gigih beliau dan pasukannya mereka berjaya mengharunginya.

Beliau telah pun menjadi juara di hati rakyat Malaysia khususnya di hati rakyat Sarawak. Namun hasil kerja dan usaha keras beliau selama berbulan-bulan tidak akan terhenti di sini.

Anak kelahiran Sarawak itu membuktikan beliau mampu meletakkan satu penanda aras yang tinggi dalam mengharumkan nama Miss Universe Malaysia. Biarpun berhadapan kesulitan semasa persembahan berlangsung, itu tidak mematahkan semangat Francisca untuk terus memberikan yang terbaik dan membanggakan rakyat Malaysia.

Terima kasih atas sokongan padu dan berterusan dari rakyat Malaysia dengan undian tanpa henti untuk melayakkan Francisca sehingga ke tahap ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan