Search
Close this search box.

Kerajaan Negeri Beli Sendiri Dos Vaksin Covid-19

ByYazid Ibrahim

Bintulu – Kerajaan Sarawak akan membeli sendiri dos Vaksin Covid-19 jenis Sinovac bagi fasa pertama sebanyak 500,000 dos bagi fasa pertama untuk rakyat negeri Sarawak.

Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari, Ketua Menteri Sarawak telah berkata, ia susulan kebenaran yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil perbincangan mereka baru-baru ini.

Menurutnya, pembelian dos vaksin Covid-19 adalah untuk mempercepatkan rakyat Sarawak menerima Vaksin dalam mengekang penyebaran wabak Covid-19.

“Saya telah berjumpa sendiri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dua minggu yang lepas dan mendapat persetujuan daripada beliau untuk membeli vaksin dan kita perlu berterima kasih kepada beliau”

“Untuk fasa ke dua nanti Kerajaan Sarawak akan meneruskan pembelian vaksin,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi taklimat khas situasi Pandemik Covid-19 di sebuah hotel di Bintulu semalam.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri juga meluluskan hospital swasta untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada orang ramai khususnya penduduk di bandar.

“Pihak majikan juga boleh berhubung dengan pihak hospital yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri untuk kakitangan syarikat tersebut termasuk syarikat industri dan perladangan,”

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan