Search
Close this search box.

Bekas Jurulatih Hoki Wanita Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Sukan hoki tanah air menerima berita duka dengan pemergian bekas jurulatih skuad wanita kebangsaan, William Fidelis yang meninggal dunia hari ini.

Fidelis, yang merupakan bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal dan seluruh ahli lembaga eksekutif badan induk sukan hoki negara itu mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian legenda hoki itu, menerusi laman Facebook KHM.

“Jasa mendiang William Fidelis dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh KHM,” menurut hantaran di laman Facebook KHM hari ini.

Fidelis, yang pernah membimbing skuad hoki lelaki Negeri Sembilan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2000 merupakan individu yang sangat aktif dalam bidang kejurulatihan apabila mula menceburinya sejak 1963 sebelum bersara pada 2005.

– BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan