Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 9 Jun -- Gambar Istana Negara ketika dirakam hari ini. ?Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÂ’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. ?Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Agong Berkenan Adakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu 16 Jun Ini

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 16 Jun ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan baginda.

“Perbincangan ini berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat dan ia kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta pada 31 Januari 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah dianjurkan pada 25 Oktober, 2020 di Istana Negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan