Search
Close this search box.

COVID: Dua Kluster Baharu Di Sarawak Akibat Pergaulan Sosial, Ziarah Aidilfitri

KUCHING, 10 Jun — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengisytiharkan dua lagi kluster baharu COVID-19 di negeri itu yang berpunca daripada pergaulan sosial dan aktiviti ziarah semasa Hari Raya Aidilfitri, bulan lepas.

JPBNS menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kluster Kampung Hilir Lingga di Sri Aman tercetus akibat ziarah raya melibatkan tiga lokaliti iaitu di Kampung Hilir Lingga, Kampung Masjid Baru Lingga dan Taman Pasir Panas.

“Seramai 32 individu telah disaring dalam kluster itu dengan 23 kes daripadanya dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks,” menurut JPBNS.

Selain itu, Kluster Kampung Sinar Budi Baru di Kuching pula melibatkan tiga keluarga di Kampung Sinar Budi Baru di sini yang tercetus menerusi pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan keluarga.

“Seramai 38 individu telah disaring dengan 19 kes daripadanya dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 19 kes lain didapati negatif,” menurut JPBNS.

Sebanyak 76 kluster masih aktif di Sarawak sehingga kini.

Semalam, Sarawak merekodkan 419 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 53,000 dengan 330 kematian susulan tiga kematian baharu dilaporkan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan