Search
Close this search box.

PPV BMC Dan MCMC Mulakan Operasi Pada 14 Jun Ini

MIRI, 11 JUN: Orang ramai yang telah mendapat temu janji menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera diminta patuhi masa ditetapkan.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, orang ramai tidak perlu datang awal sebaiknya ikut masa yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Saya ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa vaksinasi ini mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan melalui MySejahtera.

“Mereka akan diberitahu dan jangan terlalu awal serta hadir mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan.

“Untuk ‘walk-in’, mereka tidak akan diterima dan orang ramai perlu mengetahui perkara ini,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan dan melihat persiapan Program Vaksinasi COVID-19 di pusat perubatan swasta Borneo Medical Centre (BMC) Miri dan Miri City Medical Centre (MCMC) pada Khamis.

Kedua-dua PPV BMC dan MCMC ini akan mula beroperasi pada 14 Jun nanti.

Sehingga kini sebanyak empat buah pusat perubatan swasta iaitu KPJ Miri Specialist Hospital, Columbia Asia Hospital Miri, Borneo Medical Centre (BMC) Miri dan Miri City Medical Centre (MCMC) telah menyertai Program Vaksinasi COVID-19 dan dilantik sebagai PPV untuk bersama kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak turut menggesa orang ramai yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar mendaftar secepat yang mungkin melalui aplikasi MySejahtera atau berdaftar di Pejabat Daerahmelalui Ketua Kaum iaitu Ketua Kampung, Kapitan dan Tuai Rumah.

Beliau berharap pendaftaran Program Vaksinasi Imuniti Kelompok (Herd Immunity) di Bahagian Miri boleh mencapai 70 peratus ke atas dari populasi penduduk yang berumur 18 tahun ke atas.

Kerajaan Sarawak juga menyasarkan program imunisasi ini akan tamat pada akhir bulan Ogos 2021.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan dan Kesenian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Pengerusi JPBB Miri yang juga Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmman Packierisamy, Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong dan Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof.

-EDISI UKAS

Tags: #bm, covid, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan