Search
Close this search box.
Kredit foto: Astro Awani

Penganggur Didakwa Seret Kucing

TELUK INTAN, 14 Jun:  Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyeret seekor kucing di atas jalan di Kampung Attaduri, Langkap di sini, pada 3 Jun lepas. 

Azizul Salahuddin, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Adilah Mokhtar.

Dia didakwa secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan kepada haiwan itu dengan menyeretnya di atas jalan di Jalan Attaduri, Langkap di sini pada 6.30 petang, 3 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azimah Che Ismail manakala peguam S. Kumaresan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mewakili tertuduh.

Mahkamah membenarkan Azizul diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki itu ditahan ketika hadir untuk menyerah diri untuk membuat laporan penafian selepas diberitahu keluarganya berkaitan video yang tular di laman media sosial di Balai Polis Langkap pada kira-kira jam 9.15 malam, 4 Jun.

Rakaman tular berdurasi 34 saat itu memaparkan seorang lelaki menyeret seekor kucing dengan menunggang motosikal dan mendapat kecaman netizen yang mahu lelaki tersebut diambil tindakan sewajarnya.

–¬†BERNAMA

Foto: Astro Awani

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan