Search
Close this search box.

Kaedah Vaksinasi Secara ‘Walk-in’ Dialu-alukan Di Luar Bandar

BySteward Dawi

 Kuching, 15 Jun – Kaedah walk-in akan dibenarkan untuk penduduk luar bandar selepas Kerajaan Sarawak mengambil kira mereka untuk membuat pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK).

Walau bagaimanapun, vaksinasi secara ‘walk-in’ itu hanya terbuka kepada penduduk di kawasan luar bandar yang susah untuk mendapatkan capaian internet, manakala mereka yang tinggal di bandar masih perlu mengikuti prosedur pendaftaran sedia ada.

Pakar Gastroenterologi Hepatologi Setempat, Dr. Liew Shan Fap berkata kaedah ‘walk-in’ ini sangat sesuai dilaksanakan di kawasan luar bandar kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu menghadapi kesukaran membuat pendaftaran menggunakan aplikasi Mysejahtera kerana masalah internet atau tidak mempunyai telefon pintar.

“Ramai penduduk di luar bandar susah untuk membuat pendaftaran dan mereka tidak datang untuk mendapatkan vaksin.

‘Melalui kaedah ‘walk-in’ ini mereka hanya perlu datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan vaksin, selepas itu mendaftar dan boleh balik ke rumah masing-masing. Kaedah ini memudahkan mereka dan saya rasa ramai yang akan datang mendapatkan vaksin,” katanya ketika ditemui pemberita TVS di Pusat Perubatan Timberland pada Selasa.

Jelasnya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin terutamanya kumpulan pekerja perubatan, profesional, ketua kaum dan ketua masyarakat dan guru dalam menggalakan lagi penduduk mendapatan vaksin.

“Orang ramai perlu yakin dan faham tentang kepentingan mendapatkan vaksin ini untuk mencegah penularan pandemik COVID-19 sekaligus dapat mengurangkan kes kematian.

“Selain itu, sekiranya 70 peratus penduduk sudah divaksin kita boleh mencapai imuniti kelompok dan mampu melindungi semua orang di negeri ini,” katanya lagi.

Tambah Dr. Liew, vaksinasi secara besar-besaran ini penting bagi menjamin keselamatan rakyat dan mungkin Prosedur Standard Operasi (SOP) boleh dilonggarkan sekiranya semua rakyat sudah selesai menerima vaksin COVID-19 yang dijangka akan diselesaikan pada Ogos ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment