Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Rakaman gambar suasana di perkarangan parlimen hari ini.?Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen untuk mengadakan sidang parlimen semasa fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pembukaan Parlimen, Bukti Ketegasan YDPA

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Pembukaan semula parlimen dalam tempoh darurat merupakan bukti ketegasan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang mahu peranan parlimen menjadi platform penting untuk wakil rakyat membincangkan pelbagai isu, menurut Penganalisis Politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Katanya, keputusan itu juga jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu benar-benar prihatin terhadap keadaan demokrasi di negara ini.

“Ini menunjukkan ketegasanan Yang di-Pertuan Agong dalam memastikan amalan sistem demkokrasi berlaku walaupun sedang darurat.

“Kita juga dapat lihat betapa Institusi Raja memainkan peranannya dalam sistem perlembagaan dan tidak campur tangan dalam politk. Sebaliknya, membenarkan sistem parlimen bergerak secara demkokrasi dalam menentukan perjalanan pentadbiran negara,” katanya ketika dihubungi TVS.

Tambahnya, dengan pembukaan parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak terkecuali dan perlu juga dibuka bagi membincangkan pelbagai isu dengan telus.

“Ini juga memberi kesan kepada DUN yang perlu dibuka dalam masa terdekat untuk memastikan pelbagai isu seperti peruntukan, bantuan dan hala tuju kerajaan negeri dapat dibincangkan secara telus dan menjadi semak imbang,” jelasnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan