Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Rakaman gambar suasana di perkarangan parlimen hari ini.?Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen untuk mengadakan sidang parlimen semasa fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sidang Parlimen: Rasional Diadakan Pada Bulan September, Oktober

ByEekbal Yusuf

RASIONAL untuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menetapkan tarikh persidangan Parlimen sekitar September dan Oktober, menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Katanya, Muhyiddin juga berhak menetapkan tarikh persidangan atas alasan yang dirasakannya wajar.

“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau berhak memanggil sidang mengikut Perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut.

“Antaranya kerana angka COVID-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak Parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Pusat selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya sidang Parlimen diadakan dalam masa yang sesuai bagi menangani isu COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Malah, katanya, kerajaan juga mengambil pelbagai tindakan dan langkah sejak lebih setahun lalu bagi menangani kedua-dua isu tersebut.

Terdahulu, menerusi perutusan Pelan Pemulihan Negara, Perdana Menteri mengumumkan bahawa sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa Ketiga Strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar September atau Oktober ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Muhyiddin menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, setelah kes COVID-19 terkawal dan hampir mencapai imuniti berkelompok.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan