Search
Close this search box.

Pembangunan Vaksin COVID-19 Disambut Baik Pakar

BySteward Dawi

KUCHING: Cadangan untuk menghasilkan vaksin COVID-19 sendiri dianggap satu pelaburan strategik oleh pakar-pakar tempatan.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Helmy Hazmi, pelbagai manfaat akan dikecapi negara sekiranya ia dapat dilaksanakan.

Katanya Malaysia telah menjadi sebahagian ‘perlumbaan global’ dalam membangunkan vaksin covid-19 sekaligus dapat mempercepat program imunisasi nasional COVID-19 negara untuk mencapai imuniti kelompok.

Matlamat tersebut diharap dapat tercapai pada pengujung tahun ini.

“Sememangnya kita wajar mengeluarkan vaksin sendiri kerana kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada vaksin-vaksin dari luar.

“Ini yang kita sedari semasa pandemik ini- jadi dengan adanya vaksin kita sendiri kita boleh meningkatkan lagi keupayaan kita untuk memastikan masyarakat kita mencapai imuniti kelompok dengan segera dan cepat sekali.

“Ia juga memainkan peranan geopolitik kerana kalau kita boleh mengeluarkan vaksin sendiri, yang turut boleh disumbangkan kepada beberapa negara turut dilanda pandemik yang sama,” jelasnya kepada TVS di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UNIMAS pada Jumaat.

Tambah beliau, antara langkah-langkah untuk membangunkan vaksin itu adalah seperti mempertingkat kepakaran yang sedia ada termasuklah tenaga kerja manusia dan kewujudan fasiliti-fasiliti yang disediakan di seluruh negara bagi tujuan tersebut.

“Jadi, dengan ada nya fasiliti-fasiliti itu kalau kita boleh mengoptimumkan penggunaan fasiliti itu kita boleh mengelakkan kepakaran yang ada daripada bersaing sesama sendiri dan kita boleh menggembeleng tenaga dan menumpukan kemahiran yang kita ada,” katanya lagi.

Senada dengan beliau, Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Johnny Pangkas berkata, penghasilan vaksin COVID-19 sendiri wajar dilakukan selaras dengan cadangan Sarawak untuk menubuhkan pusat penyelidikan penyakit berjangkit untuk kegunaan jangka masa panjang.

“Seperti kita sedia maklum Sarawak bercadang untuk menubuhkan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit dan ini merupakan satu langkah yang amat baik untuk kesihatan awam.

“Dengan adanya pusat ini kita dapat mencadangkan satu pasukan yang dapat membantu kita dalam penghasilan vaksin,” katanya.

Tambah Dr Johnny lagi, penghasilan vaksin ini amat penting untuk membantu mengurangkan wabak berjangkit yang menggugat kesihatan awam.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan