Search
Close this search box.

Sarawak Lulus Penganugerahan Penerokaan Kepada Petra Energy

ByConnie Grace

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan pemberian kontrak bersyarat oleh Petroleum Sarawak Berhad (Petros) kepada Petra Energy Development Sdn Bhd bersama rakan usahasama Uzma Engineering Sdn Bhd sebagai pengendali Blok SK433, umum Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Katanya, penganugerahan ini adalah hasil amalan pembidaan yang kompetitif dikendalikan oleh Petros sejak Januari tahun ini.

Keputusan ini juga merupakan tonggak penting bagi Sarawak, apabila aktiviti penerokaan dan pengeluaran di daratan disambung semula.

“Petros, sebagai syarikat petroleum milik penuh Sarawak akan menjadi pusat sehenti bagi negeri ini, memainkan peranan pengawal selia dan pengurus sumber.

“Anugerah ini merupakan penanda aras kawalan kerajaan negeri terhadap perlombongan dan penerokaan minyak di semua kawasan daratan negeri ini berdasarkan Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) antara kerajaan Sarawak dan Petronas yang ditandatangani pada 7 Disember 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Penganugerahan yang diberikan adalah untuk tujuan penerokaan dan pentaksiran sumber asli di daratan yang merangkumi kawasan Miri-Marudi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS