Search
Close this search box.

Dua Lagi PPV Dibuka Di Kapit

ByEekbal Yusuf

KAPIT: Dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditambah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit (JPBBK) di sini bagi memastikan misi 80 peratus penduduk divaksin Ogos ini tercapai.

PPV tersebut merupakan PPV SMK Kapit 2 dan PPV Dewan Serbaguna PDRM Kapit yang menggunakan konsep PPV Bergerak dimana penduduk dikawasan yang telah dikenalpasti akan hadir secara ‘walk in’.

PPV SMK Kapit 2 mensasarkan penduduk di Perumahan Pasar Kapit, Taman Country Height, Taman Hijau, Taman Siew Gin, Taman Cheng Beng, Rh Sewa Bleteh, Taman Betik, Taman Bukit Goram, Taman Olive, Kediaman Kerajaan Negeri Jalan Airport, Taman Bian Hua dan Taman Sunny Height.

Manakala PPV Dewan Serbaguna PDRM Kapit pula akan memberikan suntikan vaksin kepada penduduk Taman Pasifik, Perumahan Polis, Taman Sabai, Medical Villa, Taman Chelsea Height, Taman Viva, Taman Gelong, Taman Exora, Taman Yong Baru, Taman Yong, Taman Mewah, Taman Indah, Taman Bintang, Kediaman Kerajaan Negeri Jalan Selirik, Perumahan Majlis Daerah, Taman Buluh Pengerindu, Simpang Nangok, dan Simpan Utung.

Proses pemberian vaksin akan berjalan sehingga 29 Jun 2021 bagi dos pertama dan bagi dos kedua akan bermula pada 11 Julai 2021 hingga 20 Julai 2021.

Suzana Limbi, 23, yang telah menerima suntikan pertama pada hari ini di PPV Dewan Serbaguna PDRM Kapit memuji inisiatif yang dijalankan oleh JPBB Kapit ini kerana memudahkan dan mempercepatkan proses vaksinasi.

Suzana Limbi

Sementara itu, Missa Mathew, 21, yang hadir di PPV SMK Kapit 2 menzahirkan rasa syukur kerana tidak lagi perlu menunggu lama bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Inisiatif JPBBK ini adalah satu pemudahcara kepada penduduk di Kapit bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 serta  PPV ini hampir dengan kediaman serta dewan yang digunakan besar serta selesa,” katanya.

Missa Mathew

Bagi memastikan semua kumpulan sasar mendapat maklumat berkenaan PPV baharu ini, hebahan telah dibuat melalui kumpulan sembang ‘whatapps’ Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Kapit selain dibantu oleh Hebahan ‘Info On Wheel (IOW)’ Pejabat Penerangan Daerah Kapit.

JPBBK juga berharap agar orang ramai hadir ke PPV mengikut jadual berdasarkan tempa tinggal masing-masing yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan