Search
Close this search box.

Guru-Guru Minta Tangguh Divaksinasi Sebab Tengah Mengandung, Menyusu Anak

ByOdleen Catherny

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) memaklumkan guru-guru yang didakwa tidak mahu menerima vaksin di Sibu bukanlah disebabkan keengganan mereka tetapi ia adalah berikutan daripada keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Menurut Presidennya, Adam Prakash Abdullah perkara ini sudah dirujuk bersama pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu di mana guru-guru itu kebanyakkannya sedang mengandung dan ada juga antaranya masih menyusukan anak-anak kecil mereka.

“Jadi atas alasan ini, kita dapati ramai guru tidak menolak vaksin tetapi memohon untuk penangguhan penerimaan vaksin itu supaya kelak mereka akan lebih yakin apabila selesai proses penyusuan anak ataupun setelah melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi TVS, pada Selasa.

Tambah Adam lagi, dengan kenyataan ini, beliau berharap para ibu bapa tidak menganggap bahawa guru-guru ini sengaja tidak mahu menerima vaksin namun mereka terpaksa menangguh penerimaannya atas sebab-sebab kesihatan.

Terdahulu, JPBB Sibu melaporkan terdapat dakwaan bahawa lebih kurang 150 guru di Daerah Sibu yang enggan menerima suntikan covid-19.

STU telah mengambil tindakan untuk menyiasat perkara itu agar tindakan susulan dapat diambil dengan wajar.

Untuk rekod, separuh daripada 3,800 penjawat awam terdiri daripada guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sibu telah divaksin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan