Search
Close this search box.

Pengoperasian Premis Alat Tulis Perlu Dinilai Semula

KUCHING: Seksyen jualan alat tulis di pasar raya dan premis seumpanya wajar dibuka semula bagi menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) ketika tempoh  perintah kawalan pergerakan PKP 3.0.

Hal ini susulan rungutan daripada ibu bapa yang  berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan serta keperluan tersebut pada ketika ini.

Menurut Marquiziela Wahed, kesukaran ini bukan sahaja memberi impak kepada para pelajar, malah beliau sendiri yang bertugas sebagai penjawat swasta turut terkesan kerana sukar untuk memperolehi barangan keperluan sedemikian.

“Saya cadangkan supaya ia boleh dibuka, kerana saya yang bekerja juga memerlukan alat tulis dan keperluan lain di pejabat.. contohnya seperti kertas, pen, fail dan sebagainya,

“Kadang-kadang bekalan ini tidak semestinya ada di pejabat dan memerlukan kami sebagai pekerja untuk menyediakannya sendiri,” ujarnya.

Jelasnya lagi, biarpun barangan tersebut boleh diperolehi menerusi atas talian, namun melihat kepada keadaan perkhidmatan kurier pada masa ini, ia akan menyukarkan lagi keadaan dan boleh menjejaskan prestasi anak-anak kerana tercicir dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

Sementara itu, bagi Fazlyn Aziza, pembukaan ini adalah wajar kerana tugasan yang diberikan bukan hanya memerlukan alat tulis sahaja malah memerlukan kelengkapan lain seperti kertas warna yang menggesa ibu bapa khususnya untuk keluar dan membeli keperluan tersebut.

“Tugasan yang diberikan memang memerlukan alat tulis; contohnya semalam, anak saya telah diberi tugasan yang memerlukannya untuk menggunakan kertas warna.

Kelengkapan itu sudah tentu tiada dirumah dan saya harus pergi ke beberapa premis alat tulis dan cuba untuk mendapatkannya.. jadi saya rasa perlunya kedai atau premis ini dibuka untuk memudahkan tugasan anak-anak,”terangnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan