Search
Close this search box.

Vaksin: Lebih 36,000 Individu Di Kapit Selesai Terima Dos Pertama

BySteward Dawi

Kapit, 23 Jun – Seramai 36,253 penduduk di bahagian Kapit t telah menerima satu dos vaksin semenjak Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan dijalankan pada Februari lepas.

Jumlah tersebut merangkumi pekerja barisan hadapan

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Kapit, Dr Hamidi Mohamad Sharkawi antara jenis vaksin yang digunakan ialah Cominarty, keluaran Pfizer dan CoronaVac, keluaran Sinovac dan setakat ini di Kapit masih menggunakan vaksin yang sama.

“Kedua-dua jenis vaksin ini sudah digunakan sejak akhir bulan Februari semenjak pemberian vaksin kepada barisan hadapan kita. Sekarang kita masih menggunakan kedua-dua jenis vaksin ini untuk penduduk di Kapit.” katanya semasa dihubungi pemberita TVS pada rabu.

Dr Hamidi berkata, pihaknya akan menerima satu lagi jenis vaksin iaitu CaSinoBio yang dijangka sampai ke Kapit pada pertengahan-hujung Julai ini.

Ditanya mengenai perkembangan terkini program vaksinasi di Kapit, beliau memberitahu setakat ini proses itu berjalan lancar dan terkawal.

“ Walaupun di peringkat awal ada kekangan dalam mengawal keadaan di tempat-tempat pemberian vaksin, tetapi dengan bantuan ramai pihak termasuk agensi kerajaan dan NGO yang berada di bahagian Kapit, keadaan sudah terkawal. Sekarang kekangan yang dihadapi ialah bekalan vaksin yang kadang-kadang tidak sempat datang atau tidak mencukupi dengan permintaan yang diminta,” jelasnya.

Katanya lagi, Bahagian Kapit telah bermula melancarkan vaksinasi bergerak atau khidmat Mobile/Outreach sejak 14 Jun 2021 yang lalu.

“Antara kawasan yang kami telah pergi termasuk kawasan rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman, ke sekolah-sekolah di bahagian ulu dan klinik-klinik kesihatan di pedalaman,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment